Tuesday, February 3, 2015

Tamu Kianggeh Brunei Darussalam


GIAN nak upload gambar dalam blog baru sebab ada cerita best, tapi entah macam mana tak berjaya sebab handphoneku merajuk. Godek-godek album private dalam Facebook jumpa laa gambar-gambar time kerja dekat Brunei Darussalam secara automaticallly mood nak berblogging datang. Dan memang pun waktu dekat sana snap gambar banyak-banyak sebab konon nanti nak tulis blog nak story mory pengalaman bermastautin dekat Brunei. Jadi enjin carian Google pun akan bertambah bila korang taip Brunei, apa yang best dekat Brunei dan etc. Hehehhe.


To make it short, aku apply kerja dekat Brunei lepas Hana lahir dan dipendekkan cerita setelah lepas interview session, ujian bertulis dan lisan akhirnya dari ramai-ramai calon yang shortlisted tu Alhamdulillah empat orang dari Malaysia berjaya rebut peluang kerja tu. Pengambilan tahun tu dua orang cikgu Melayu dan dua orang cikgu Cina. Gambar dekat atas ni gambar di Tamu Kianggeh, thanks to Fathul rakan senegara dan sebilik yang jadi cameraman. Tamu Kianggeh ni terletak di tengah bandaraya Brunei jadi sebab dekat dengan sekolah tempat kami mengajar jadi jalan kaki jelah kami ke sana.



Buat pengetahuan semua Brunei ni kecik jee kiranya kalau sampai sana dan tak nak sewa kereta pun tak apa sebab korang memang akan seronok berjalan dari naik kereta. Hehehehe. Kecuali kalau nak ke tempat yang berada di luar bandar macam Gadong Mall, Jerudong Park dan tempat-tempat lain boleh laa samada nak sewa kereta atau naik bas(van sekolah comel kalau dekat Malaysia) dri bandar. Tak jauh dari Tamu Kianggeh jalan kaki 2 minit dah sampai dekat stesen bas dan kalau korang ke Brunei naik bas samada dari Labuan atau etc, bas tu akan berhenti area Tamu Kianggeh.


Tamu Kianggeh ni berdekatan dengan Kampung Air (kawasan rumah yang di bina atas air ala-ala rumah terapung) dan mostly penduduk Kg Air ni akan park kereta dekat seberang kawasan bandar dan naik bot tambang ke rumah dorang samada dari Tamu Kianggeh atau dekat kawasan bandar. Ok-ok dah, moh kita bercerita pasal Tamu Kianggeh karang jadi novel pulak kalau aku cerita semua mende malam ni. Hehehehe.


Ni laa pemandangan dan gambaran mengenai pasar jualan di Tamu Kianggeh, kalau dekat Malaysia macam kita pergi Pasar Tani tu, macam-macam laa jual, barang mentah dan barang basah, makan minum semua ada, tak banyak beza macam dekat Malaysia yang berbeza adalah currency je. So far aku rasa makanan lagi murah dekat sana, kalau baca ikut currency BND laa. Kalau asyik nak pikir harga lepas convert memang laa semua mende rasa macam mahal je, macam mahal je. Hehehe.


Ni kedai jual barang mentah, nampak tu Udang Brunei satu cawan dalam BND5 kira kalau duit Malaysia RM12.50 gitu. Udang kering dan bilis dorang sedap fresh-freshm yang paling best udang salai sedap goreng-goreng sayur atau masak-masak. Aku rasa macam dekat Brunei jee aku jumpa udang Salai ke dekat Malaysia ada jugak tapi aku tak tahu? Hehehhee.


Kalau rasa mahal lagi nah beli laa jala, pukat kita tangkap sendiri. Heheheh. Dekat Tamu Kianggeh ni pendek kata macam-macam laa ada, barang untul masak, makan, pakai, harga masih boleh tawar menawar lagi orang Brunei ramah tamah orangnya percakapan pun tak jauh beza dengan Bahasa Melayu yang kita guna pakai cuma dialek sedikit berbeza.


Ni apa? Haaa. Sama tapi tak serupa. Hahaha. Dekat Brunei pon ada makanan goreng-goreng ni tapi tekak Malaysia aku tak dapat masuk dengan rasa makanan goreng-goreng di atas. Tapi bukan semua makanan dekat Brunei ni tak lalu tekak Malaysia aku. Hehehe. Sebab time aku tulis entri ni aku terbayang-bayang Nasi Katok, Nasi Ayam Penyet, Ayamku(ni ala-ala KFC), Ambuyat dan beberapa lagi tempat makan yang nyamaannn bak kata orang Brunei.


Hasil laut di Brunei, besar-besar fresh dan murah sama macam aku duduk KK dulu pun macam ni murah sangat hasil-hasil laut dorang. Kalau laa dekat Maaysia harga murag macam Borneo memang boleh menabung laa rakyat jelata tak yah tunggu BR1M. Hehehhee. Dah laa makanan murah, jalan kaki jadi gaya hidup, minyak pun murah yaa amat, time aku duk sana satu liter dalam 30-50 sen kalau isi Full Tank lepas tu round satu Brunei 3 hari 3 malam pun minyak tak habis-habis. Hehehe. Untung rakyat Brunei harga kereta pon murah-murah.


Ok next, apam balik Brunei. Bulat macam apam balik Malaysia, cuma tak ada jagung dalam tin tu, dia ganti dengan kismis, jadi aku rasa macam manis-manis sikit bila kismis tu masuk dalam mulut. Tapi bagus laa kan makanan sunnah. Harga aku tak ingat tapi tak mahal pon boleh laa beli untuk program JJCM Brunei. Hehehe. Ok, ok, rasanya cukuplaa untuk entri probation month aku buat kali ini. Hehehe. Percubaan 1,2,3 ni. Seperti yang dimetrai jikalau blog ni hidup segan mati tak mahu maka nescaya terkubur laa ia.


***

Brunei Darussalam I do Miss YOU!






No comments:

Post a Comment