Saturday, January 31, 2015

Sebagai Manusia Aku Sayang Padamu

BARU 5 minit menghadap PC si debab ni dah buat projek qu puteh. Betapa jelesnya anak aku bila aku start nak menyeru papan kekunci untuk jadi bestfriend aku untuk kembali berblog. Sebab pertama, adalah kerana aku bercita-cita nak menghimpunkan semua memori-memori secara bertulis selagi ingatan aku berfungsi dengan baik. Sebab kedua, aku nak kongsi apa yang aku tahu jadi kalau ada siapa-siapa yang google kata kunci sekian-sekian jadi aku harap sedikit sebanyak perkongsian aku bermanfaat. Dan sebab utama, jujurnya aku rinduuu, rindu nak berblog setelah 5 tahun aku hidup tanpa blog. Tapi ada tapinya di sini, sekiranya aku tak dapat nak update blog aku ni secara konsisten atau at least tidak membiarkan blog aku bersawang, akan aku kuburkan cita-cita beso aku ni. 



Kalau 5 tahun lepas aku berblog time aku masih anak dara sampai laa aku dikurniakan seorang puteri dan sekarang after 5 years aku dah ada 3 orang puteriiiiii. Rezaki Alhamdulillah syukur! Walau aku tahu ada orang cakap gile lajuu proses anak. Hahahhaa. Dont worry aku senyum je, sebab aku percaya sangat sangat aturan Allah tu cukup PERFECT! Tak pernah terlambat atau tercepat walau sesaat. Maka dengan ini aku berikrar aku akan usahakan untuk konsisten merakamkan sebahagian kisah hidup aku. Tak penat? Gila ko tak penat. Anak 3 weh. TIGA. Dulu anak sorang pun aku surrender jadi ko bayangkan bila anak tiga dan aku SALUTE mak-mak kita dulu yang anaknya bersusun-susun sampai 12. Gulp!




Well, kisah hidup aku lepas 5 tahun? Kalau ada yang pernah baca blog lama aku. Mungkin tahu sikit sebanyak pasal kehidupan aku. Tak banyak sikit. Tak sikit banyak. Hahaa. Apa yang aku merepek ni. Walhal aku tak tahu pun ada orang sanggup baca atau tak. Tapi dari blog jugak aku kenal beberapa orang kawan alam maya yang masih keep in touch. To be exact, there are strangers to me, tapi alam maya ni menjadikan kita macam dah kenal sejak Darjah 1 kan kan kan. :) Apa-apa pun aku menulis bukan bertujuan nak raih follower atau menaikan trafik blog aku jauh sekali nak suruh orang klik iklan Nuffnang! Hehehehe. Not my intention at all. SEBAB, aku menulis untuk berkongsi dengan insan-insan tersayang. 




Percayalah, bila aku kenang balik menyesal jugak aku delete terus blog lama aku dan address blog lama pon dah kena curik. Tapi pikir-pikir balik mungkin itu yang terbaik buat masa itu. As for now on, i will survive. Survive dengan new life, move on to the better stage of life. Dan percayalah, hidup ini punya lah banyak liku-liku kehidupan, zaman kanak-kanak hingusan, zaman pemberontakan jiwa remaja, dan zaman yang seangkatan dengannya telah tamat. Sekarang, aku berada di zaman mak-mak, zaman hantar anak ke tadika, zaman kejo anak tak cukup napas. Hahahahha.




Aku rasa itu sahaja yang aku nak coretkan buat masa ini, SYUKUR Alhamdulillah atas nikmat kesihatan dan segalanya yang dikurniakan ALLAH. Tak banyak sikit, percayalah hidup ini tak pernah lari dari ujian dan ujian tu mematangkan kita. Dan sesungguhnya, bak kata bait-bait novelis pujaan ku, sebagai manusia aku SAYANG padamu! 


***

Happy Bornday My Veloggg. ILY!